Wasiat disyariatkan melalui nas al-Quran, hadis, amalan sahabat dan ijmak. Pada peringkat permulaan Islam, seseorang itu diperintahkan berwasiat kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang terdekat sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 180:

“Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda)
maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, (hendaklah ia) berwasiat untuk
ibu bapa dan kaum kerabatnya dengan cara yang baik (menurut peraturan agama),
sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”.
Namun kebanyakan para sahabat antaranya Saidina Abu Bakar, Ali, Ibn Umar dan Mazhab Sunni yang empat termasuk Imam Syafie berpendapat bahawa hukum wajib ini TELAH DIMANSUHKAN dengan turunnya ayat-ayat al-Mawarith (ayat 11, 12, dan 176 surah al-Nisa’) iaitu ayat yang secara khusus menyentuh peruntukan bahagian-bahagian yang telah ditetapkan ke atas waris-waris dalam pembahagian harta pusaka. Oleh itu, perintah wajib tersebut telah dimansuhkan namun perbuatan wasiat itu menjadi suatu perbuatan yang digalakkan (disunatkan) masih kekal dan sebaik-baiknya hendaklah wasiat itu ke atas keluarga yang miskin atau anak-anak yatim yang tidak berhak mendapat harta pusaka.
Firman Allah S.W.T lagi dalam surah al-Ma’idah ayat 106 yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kamatian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian”.
Terdapat juga hadis-hadis yang menggalakkan seseorang itu membuat wasiat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tiada hak (patut) bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan dibiarkan hingga dua malam melainkan wasiatnya itu tertulis di sisinya” (Hadis riwayat al- Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment