Saturday, January 19, 2019

Kenapa KOS Pengurusan Pusaka Mahal?

Related image

Sekadar sedikit perkongsian. 

Pada hari ini, kebanyakan masyarakat apabila dipersoalkan berkenaan Pengurusan Harta Pusaka, mereka akan menganggap tugas ini akan ditanggung oleh waris & hanya akan berlakuapabila seseorang itu telah meninggal dunia.

Kesilapan akibat tidak bertindak awal sama ada Tidak Melantik Penasihat Pusaka, tidak belajar ilmu faraidh, tidak tahu proses tuntutan harta pusaka dan sebagainya menyebabkan proses pengurusan tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Penyebab utama yang menjadikan ianya akan tergendala adalah kerana:

a) Tidak tahu proses apa yang perlu & tidak perlu.
b) Tiada persepakatan untuk menguruskan harta simati.
c) Tiada masa untuk menyelesaikannya.
d) KOS pengurusan yang tinggi
- Buat carian harta simati
- Kos buka fail
- Pengesahan sijil (Wasiat, Hibah dsb)
- Perlantikan peguam (tahun 2011, kos meningkat 400%)
- Perlantikan pentadbir
- Kos lain-lain
e) Waris masih dibawah umur (umur 18thn ke bawah)

Disebabkan isu-isu inilah, nilai harta umat islam yg terbeku meningkat secara mendadak. Harta simati tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya. Waris-waris bertelagah merebut harta tanpa mengetahui hak mereka yg sebenar.

Jalan keluar bagi mengatasi masalah ini, adalah dengan melantik Penasihat Pusaka Syariah yang akan bertindak menguruskan harta anda apabila anda telah meninggal dunia. Kenapa perlu bersama kami?

■ Kos yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kos sebenar yang dibayar oleh WARIS anda.
■ Semua proses pengurusan dilakukan secara sempurna
■ Harta anda dimanfaatkan sepenuhnya kepada waris
■ Bantuan khairat PERCUMA kepada waris
■ Kos pengurusan adalah juga PERCUMA
■ dan banyak lagi...

Harta anda, maka TANGGUNGJAWAB ANDA yang sewajarnya mengeluarkan sedikit belanja untuk ianya diuruskan selepas anda meninggal dunia.

Harta anda, manfaatkan ianya untuk kegunaan waris yang BERHAK dan dapat mengelakkan daripada waris termakan HARTA BATIL dan HARTA ANAK YATIM

Harta anda, apabila ianya menjadi Harta Pusaka maka ianya adalah HAK MILIK waris anda & bukan digunakan untuk membayar KOS PENGURUSAN yang mahal.

Harta anda, PASTIKAN ianya DIURUSKAN dengan sempurna kerana anda akan ditanya berkenaan HARTA di 'sana' nanti. Pastikan ianya Patuh Syariah.

Dapatkan info & perkongsian PERCUMA dengan menghubungi kami untuk temujanji. Seluruh semenanjung Malaysia. Kami akan hantar wakil untuk memberi khidmat nasihat.

» NOTA UNTUK PEMBELI RUMAH LOAN BERSAMA «

Image result for loan rumah 2 nama

Anda beli rumah join name (2 nama)? 

Kebelakangan ini harga rumah telah meningkat secara tidak terkawal. Penjual dengan sesuka hati meletakkan harga yang tinggi melebihi harga yang ditawarkan pinjaman loan bank³ sedia ada. Kenapa? Sebab ini rumah dia, so suka hati la nak letak harga berapa. Jika tak nak beli, masih ramai pembeli di luar sana akan beli & jika tak beli sekarang, harga akan terus meningkat... dalam dilema kan?

Untuk mengatasi masalah ni, terdapat pasangan yang membeli rumah tersebut menggunakan 2 loan. Masing-masing suami isteri terpaksa membuat 2 pinjaman untuk menampung harga rumah tersebut. Secara teorinya, rumah tersebut akan ada 2 penama.

Jika 2 penama ke atas rumah tersebut, seperti yang kita sedia maklum jika salah seorang diantara pasangan meninggal dunia, maka SEBAHAGIAN RUMAH tersebut telah menjadi "HARTA PUSAKA". Hutang pinjaman telah dilunaskan oleh pihak insuran ke atas bahagian pinjaman simati, itu jika simati mengambil insurans terhadap loan rumah tersebut.

Apabila SEBAHAGIAN RUMAH telah menjadi "HARTA PUSAKA", akan ada HAK WARIS ke atas rumah tersebut. Persoalan & masalah yang pasti akan timbul;

Siapakah waris yang berhak ke atas sebahagian tersebut?
Tahukah pasangannya akan bahagian pusaka tersebut?
Keluarga simati mempunyai hak, tetapi bagaimana hendak memberinya?
Sebahagian rumah tersebut adalah HARTA ANAK YATIM

Penyelesaian yang boleh disarankan
+ Buatlah DOKUMEN HIBAH di antara satu sama lain (Penama)
+ Jual rumah tersebut & bahagikan antara waris yg berhak (Faraidh)
+ Pasangan membeli sebahagian tersebut & membayarnya kepada waris

Ini adalah realiti yang berlaku pada hari ini. Segalanya memerlukan surat "hitam putih"nya. Semua proses pengurusan akan melalui sama ada Pejabat Pusaka Kecil, Mahkamah Syariah @ Mahkamah Tinggi. Jika hal pengurusan tidak disempurnakan dengan tepat, maka dikhuatiri pasangannya akan menggunakan Harta Batil & Harta Anak Yatim.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan DOKUMEN HIBAH & sebarang persoalan Pengurusan Harta Pusaka, boleh hubungi nombor ini: 011-10102817. Kami ada kaedah terbaik untuk membantu anda menyelesaikan isu ini. Pastinya ia Patuh Syariah.

Thursday, January 17, 2019

RUKUN DAN SYARAT WASIAT

Image result for RUKUN DAN SYARAT WASIAT

Wasiat mempunyai rukun dan syarat seperti berikut:


(i) Pewasiat (Musi)
Pewasiat hendaklah seorang yang mukallaf (baligh dan berakal), merdeka dan dengan pilihan sendiri serta pemilik kepada harta yang diwasiatkan.

Menurut Seksyen 6, Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 memperuntukkan bahawa seorang pewasiat hendaklah telah mencapai umur 18 tahun, sempurna akal, bertindak dengan sukarela dan tidak dipaksa serta tidak dilarang daripada menguruskan hartanya.

(ii) Penerima wasiat (Musa lahu)
Penerima wasiat hendaklah diketahui (kecuali untuk perkara kebajikan), wujud pada masa kematian pewasiat, berkeahlian memiliki harta dan bukan waris mengikut pendapat jumhur ulama’ (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali). Penerima wasiat juga boleh terdiri daripada golongan fakir miskin, ulamak, masjid, sekolah dan sebagainya yang berbentuk umum dan tidak dikhususkan, tetapi wasiat tersebut bukanlan bertujuan maksiat.

(iii) Harta yang diwasiatkan (Musa bihi)
Harta yang diwasiatkan sama ada harta alih atau tak alih atau manfaat yang bernilai di sisi syarak, boleh dipindah milik selepas kematian pewasiat dan wujud dalam milikan pewasiat (jika ditentukan) atau wujud semasa kematian pewasiat (jika tidak ditentukan).

(iv) Sighah (Ijab dan Qabul)
Sighah wasiat boleh berlaku sama ada secara sarih atau kinayah dan sama ada melalui lisan, tulisan atau isyarat. Antara syarat sighah adalah seperti berikut:
- Qabul atau penerimaan dianggap sah jika dibuat selepas kematian pemberi wasiat.
- Penerimaan atau penolakan yang dibuat pada masa hidup pemberi wasiat tidak dikira.
- Penerimaan oleh penerima wasiat tidak disyaratkan dengan segera apabila telah berlaku kematian pemberi wasiat.
- Sesuatu wasiat itu tidak memerlukan penerimaan sekiranya ia untuk pihak yang umum yang tidak ditentukan seperti wasiat untuk fakir miskin dan ulamak.
- Jika wasiat itu untuk seseorang yang khusus atau orang-orang yang tertentu yang terhad bilangannya maka disyaratkan penerimaan atau persetujuan penerima wasiat sebagai bukti penerimaan kerana ada kemungkinan penerima wasiat menolak wasiat
tersebut. Jika berlaku penolakan daripada penerima wasiat maka dikatakan wasiat itu batal.
- Pewasiat boleh meletakkan syarat dalam wasiatnya tetapi hendaklah tidak menyalahi syarak. Pemberi wasiat boleh berwasiat kepada bayi yang masih dalam kandungan dengan syarat bayi tersebut wujud pada masa wasiat itu dibuat dan bayi itu hendaklah
dilahirkan hidup.
- Sekiranya penerima wasiat meninggal dunia selepas pewasiat tetapi belum sempat menyatakan sama ada menerima atau menolak wasiat tersebut, maka waris penerima wasiat boleh sama ada menerima atau menolak wasiat tersebut.

Tuesday, January 15, 2019

HUKUM BERWASIAT

Image result for hukum wasiat


Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini bahawa pada peringkat permulaan Islam hukum berwasiat adalah wajib (lihat ayat 180 Surah al-Baqarah), namun hukum berkenaan TELAH DINASAKHKAN (MANSUH) oleh ayat al-mawarith (ayat 11, 12, dan 176 Surah al-Nisa’). Walaubagaimanapun, amalan wasiat masih lagi digalakkan dengan had maksimum 1/3 harta
pusaka dan ditujukan kepada bukan waris.

Mengikut pendapat mazhab sunni yang empat dan al-Zaidiyyah bahawa sesungguhnya wasiat itu tidak difardukan ke atas setiap orang yang mempunyai harta dan tidak juga difardukan untuk kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang tidak menjadi waris, akan tetapi hukumnya adalah bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu, contohnya seperti berikut:

WAJIB – jika terdapat tanggungjawab syarie yang perlu dilaksanakan seperti zakat dan haji dan dia bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan. Begitu juga, jika berkaitan dengan hutang dan wadiah sekiranya pemilik sebenar tidak dikenali oleh orang lain.

SUNAT – jika berwasiat untuk kaum kerabat yang memerlukan sedangkan mereka tidak berhak mendapat harta pusaka. Begitu juga berwasiat kepada orang miskin dan untuk tujuan kebajikan pada jalan Allah.

HARUS – jika berwasiat kepada sahabat handai atau orang kaya yang mana mereka bukan dari golongan yang berilmu dan beramal soleh.

MAKRUH – jika pewasiat seorang yang kurang berada dan mempunyai waris-waris yang ramai serta memerlukan harta.

HARAM – jika berwasiat kepada perkara yang haram.

PENSYARIATAN WASIAT


Image result for quran dan hadis

Wasiat disyariatkan melalui nas al-Quran, hadis, amalan sahabat dan ijmak. Pada peringkat permulaan Islam, seseorang itu diperintahkan berwasiat kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang terdekat sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 180:

Image result for pensyariatan wasiat

“Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, (hendaklah ia) berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”.

Namun kebanyakan para sahabat antaranya Saidina Abu Bakar, Ali, Ibn Umar dan Mazhab Sunni yang empat termasuk Imam Syafie berpendapat bahawa hukum wajib ini TELAH DIMANSUHKAN dengan turunnya ayat-ayat al-Mawarith (ayat 11, 12, dan 176 surah al-Nisa’) iaitu ayat yang secara khusus menyentuh peruntukan bahagian-bahagian yang telah ditetapkan ke atas waris-waris dalam pembahagian harta pusaka. Oleh itu, perintah wajib tersebut telah dimansuhkan namun perbuatan wasiat itu menjadi suatu perbuatan yang digalakkan (disunatkan) masih kekal dan sebaik-baiknya hendaklah wasiat itu ke atas keluarga yang miskin atau anak-anak yatim yang tidak berhak mendapat harta pusaka.

Firman Allah S.W.T lagi dalam surah al-Ma’idah ayat 106 yang bermaksud:

Image result for pensyariatan wasiat


“Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kamatian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian”.

Terdapat juga hadis-hadis yang menggalakkan seseorang itu membuat wasiat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tiada hak (patut) bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan dibiarkan hingga dua malam melainkan wasiatnya itu tertulis di sisinya” (Hadis riwayat al- Bukhari dan Muslim)

Kenapa KOS Pengurusan Pusaka Mahal?

Sekadar sedikit perkongsian.  Pada hari ini, kebanyakan masyarakat apabila dipersoalkan berkenaan Pengurusan Harta Pusaka, mereka akan m...